Minit Mesyuarat Kurikulum Kali Pertama 2022/2023
- Semua dijemput untuk mengisikan tempat yang berkenaan.
- Tiada perubahan Ketua Panitia melainkan Panitia Bahasa Cina.
- Mungkin ada perubahan guru mata pelajaran, jadual waktu akan diedar setelah selesai diuruskan nanti.
- Sebarang penambahan makluman, klik kanan dan insert / add another row below. Isikan bilangan minit yang sesuai. Dapatkan bantuan GICT / rakan jika perlu.
- Setiap Ketua Panitia Uruskan tapak panitia masing-masing.
- Minit mesyuarat ini dikawalselia oleh fungsi menjejak perubahan isi kandungan (version tracking). Sebarang perubahan akan direkod secara automatik.
- SU Kurikulum akan main peranan menyemak dan memastikan bahan / info dikemaskinikan sebelum mesyuarat dimulakan.
- Tempoh masa secukupnya akan diberi untuk melengkapkan maklumat dalam minit mesyuarat ini. SU Kurikulum boleh berbincang dengan PK1.
- Data PBD Akhir Tahun hendaklah diisikan oleh Ketua Panitia.
- Data Pemulihan Khas boleh diisikan dengan menggunakan data Januari 2021 sebagai rujukan.
- Perubahan ini diharapkan dapat melicinkan urusan semua pada masa akan datang di samping memberi gambaran menyeluruh atas semua perkembangan dan kekangan yang berlaku.
- Isi kandungan bagi mesyuarat kali kedua akan dikemaskinikan nanti berdasarkan templat ini dengan keadaaan data PBD dikecualikan kerana belum tiba masanya.
- Data PBD pertengahan tahun hanya akan dikutip dalam minit mesyuarat kali ke-3 melainkan ada perubahan.
- Semua Ketua Panitia bolehlah masukkan bahan dan info yang perlu dengan merujuk kepada minit mesyuarat panitia masing-masing sebelum ini. Jangan ubahkan format sedia ada dokumen minit ini.
- SU Kurikulum diminta untuk emelkan minit ini kepada akaun sekolah dan semua orang setelah memastikan semua KP telah selesai mengisi ruang yang diperlukan.
- Salinan minit akan dicetak oleh Pembantu Tadbir dan ditandatangan oleh semua di kaunter pejabat.
- Permintaan fotostat minit boleh dibincangkan dalam mesyuarat nanti.