03 May 2023

KESEDARAN SIVIK & AMALAN NILAI MURNI SEMASA PERHIMPUNAN SEKOLAH

Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan semula Pendidikan Sivik untuk dilaksanakan di sekolah berdasarkan keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 9/2018 pada 27 Julai 2018. 
        Salah satu pendekatan pelaksanaan Pendidikan Sivik dan Amalan Nilai Murni ialah 5 Minit Amalan Nilai Murni dalam Perhimpunan (M5MP) yang berteraskan empat nilai utama iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan.
        Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM) yang telah dimuat naik oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum di pautan (http://bpk.moe.gov.my/index.php/inisiatif-kpm/pendidikan-sivik).
        Sehubungan dengan itu, pelaksanaan M5MP perlulah diteruskan semula oleh semua sekolah bagi memastikan murid didedahkan dengan maklumat yang menjurus kepada amalan nilai murni secara berterusan. 
        Di samping itu, pelaksanaan M5MP disyorkan agar memasukkan elemen Malaysia Madani, karamah insaniah dan juga Anak Baik lagi Cerdik (ABC).

Klik untuk layari takwim kesedaran sivik dan amalan nilai murni 2023/2024

Sumber info: https://jpnperak.moe.gov.my/sektor-pendidikan-islam/15295-pemakluman-pelaksanaan-kesedaran-sivik-dan-amalan-nilai-murni-semasa-perhimpunan-sekolah-di-prasekolah-sekolah-rendah-dan-sekolah-menengah-kementerian-pendidikan-malaysia

No comments:

Post a Comment