23 February 2022

学前班报名消息

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2023

Dengan segala hormatnya surat KPM.600-8/2/10 JLD 2 (55) bertarikh 8 Februari 2022 adalah dirujuk.

2.     Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan murid ke prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2023 akan dibuka bermula 1 Mac 2022 hingga 31 Mei 2022. Permohonan secara dalam talian boleh dibuat melalui https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022, manakala permohonan secara manual boleh dibuat bermula 1 Mac 2022 hingga 31 Mei 2022 dengan menyerahkan borang permohonan ke sekolah yang dimohon. Penghantaran dokumen maklumat permohonan untuk tujuan pengesahan ke sekolah yang dimohon adalah selewat-lewatnya pada 31 Mei 2022.

3.     Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu memastikan bahawa kelayakan permohonan untuk kemasukan ke Prasekolah KPM tahun 2023 dipatuhi iaitu kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2017 hingga 15 Januari 2019 sahaja.

No comments:

Post a Comment