Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pemansuhan pemeriksaan suhu badan bagi kemasukan ke premis pendidikan pada 10/2/2022. Namun demikian, pihak sekolah menetapkan bahawa pemeriksaan suhu badan untuk murid, guru dan semua kakitangan sekolah akan diteruskan sepertimana yang digalakkan.
Selain itu, pengimbasan Kod QR MySejahtera diwajibkan untuk semua sebelum memasuki kawasan sekolah.
Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan anak/anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah.
Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif COVID-19 serta tinggal serumah adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.
Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment