14 July 2020

2021年1年级学龄前入学报名通知(若有)

HEBAHAN PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Surat Siaran berhubung Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1 Ruj.KP(BS/PSR) 85O2/O3/OO5/Jld.22 (1O) bertarikh 5 Mac 2003 adalah masih berkuatkuasa.

3. Sehubungan dengan itu, Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun Satu di sekolah rendah KPM telah dibuka mulai 13 Julai 2020 sehingga 03 Ogos 2020. Mohon kerjasama tuan memaklumkan kepada semua sekolah rendah di daerah tuan untuk menghebahkan perkara berkenaan kepada ibu bapa / penjaga kanak-kanak warganegara, yang lahir pada 02 Januari 2015 hingga 15 Januari 2015. Makluman berkaitan dengan perkara ini hendaklah dipamerkan di tempat-tempat yang mudah dilihat dalam kawasan sekolah.

4. Permohonan ini adalah berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan (Lampiran 1).Borang permohonan (PMA 01) boleh diperolehi di semua Pejabat Pendidikan Daerah dan Unit Prasekolah dan Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Tarikh tutup penghantaran borang permohonan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah pada 03 Ogos 2020 (lsnin). Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan di atas, sila hubungi Unit Prasekolah dan Rendah di talian 05-5015106.

5. Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan kepada perkara berkaitan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Murid, 

Unit Prasekolah dan Rendah

点击浏览霹雳州教育局网页

点击浏览北近打县教育局网页

点击浏览北近打县教育局信件

截止日期:2020年8月3日。


No comments:

Post a Comment