01 January 2014

2/1/2014

Kedatangan Murid

  1. Semua guru berkumpul di pintu besar untuk menyambut kedatangan murid pada hari pertama persekolahan.
  2. Semua kedatangan murid diambil pada hari pertama persekolahan dan dilaporkan dalam buku E-kehadiran murid di pejabat.
  3. Mengemaskinikan semua data perhubungan murid dalam buku kedatangan dan SMM/ APDM/ SPS.
  4. Mengemaskinikan senarai nama kelas dalam desktop PC01 bilik akses dan simpanan sendiri. 
  5. Mencuba menghubungi ibu bapa/ penjaga jika murid tidak hadir.

Kurikulum
KSSR THN 4/2014
Sila simpan semua bahan diterima dari JU dalam Desktop PC01 dan salinannya dalam D PC01. Ia akan dikumpul dan dijadikan bahan edaran untuk semua guru Thn 4 2014. 

Pengumpulan SP Chart Hardcopy / Soft Copy 2013:
Guru m/p berikut perlu hantar sp chart 
Softcopy: simpan dalam folder SP Chart PKSR 2 dalam desktop PC02 :
4B Matematik
5A Bahasa Cina
5A Matematik
5A Sains
5B Bahasa Melayu
5B Matematik
5B Sains 

Hardcopy: (Cetak dan hantar salinan hardcopy)
4A Sains
5A Sains
5B Sains 

SOP Kokurikulum 2014 (AM)
  1. Memilih wakil sekolah.
  2. Memberi pendedahan syarat/peraturan pertandingan/ permainan kepada wakil sekolah.
  3. Menyediakan bahan / sesi latihan dengan wakil sekolah.
  4. Menguruskan pendaftaran pertandingan.
  5. Memberi butiran pertandingan: tarikh, tempat, masa, senarai nama wakil sekolah dan perbelanjaan.
  6. Mengedarkan surat kebenaran dan memberi taklimat keselamatan kepada wakil sekolah.
  7. Mengiringi wakil sekolah sepanjang masa bertanding.
  8. Melengkapkan Lampiran C dan D sekiranya membawa murid Tahun 4 /2014 bertanding.
  9. Menghantar murid pulang ke sekolah dan hanya balik setelah semua wakil sekolah dijemput pulang ibu bapa/ penjaga.
  10. Menandatangani baucer bayaran PIBG dan menuntut dari PKKK.
  11. Menyediakan laporan/foto untuk difailkan.
  12. Mengisikan Nota Minta dan serahkan kepada GB/PKKK untuk semua pembelian yang diperlukan (bidang kokurikulum/ sukan & permainan)
  13. Menyediakan barisan pelapis wakil sekolah.

SU PIBG:

  1. Sediakan surat panggilan Mesyuarat Agung untuk semua AJK PIBG dan ibu bapa menjelang awal Febuari 2014.
  2. Maklumkan kepada Bendahari PIBG jumlah ganjaran yang perlu disediakan dalam Mesyuarat Agung PIBG nanti.


SU Peperiksaan UPSR dan dalaman

  1. Sediakan senarai nama penerima dan keputusan calon UPSR yang layak menerima ganjaran kecemerlangan PIBG dan dihantar kepada SU PIBG. 
  2. Menyediakan senarai nama penerima yang layak bagi biasiswa tempatan apabila diperlukan.


Bendahari PIBG:

  1. Mendapatkan senarai nama penerima UPSR 2013 dari SUP UPSR dan menyediakan jumlah wang ganjaran yang diperlukan sebelum Mesyuarat Agung PIBG. 
  2. Melengkapkan dan menghantar semua penyata perbelanjaan / kira-kira kepada juru audit untuk semakan dan verifikasi. Proses ini perlulah diselesaikan selewat-lewatnya pada pertengahan Febuari 2014.



KAJIAN PELAKSANAAN MODUL ELEKTIF KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) TAHAP 1 (DALAM TALIAN)
  1. Borang Soal Selidik Pentadbir : www.moe.gov.my/bpk/kajiankssr/pentadbir 
  2. Borang Soal Selidik Guru : www.moe.gov.my/bpk/kajiankssr/guru
Talian bagi kajian ini ditutup pada 31 Mac 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Md Rashid Bin Md Yusof, Penolong Pengarah Sekolah Rendah ditalian 05-5015308


EOPERASI
Semua pindaan yang diterima telah selesai dilaksanakan & disahkan pihak pentadbiran. Semua guru bertanggungjawab memastikan data diri adalah tepat

 Kemaskinikan data E-pangkat. Cetakkan butiran yang perlu dikemaskini dan tanda dengan pen merah jika berkaitan.
  1. Maklumat akademik
  2. Maklumat pengistiharan harta
  3. Maklumat pengalaman kerja (5 tahun terakhir)
  4. Maklumat perkhidmatan
  5. Maklumat tempoh percubaan berdenda dan tatatertib (jika ada)
  6. Maklumat cuti
  7. Maklumat prestasi (2010, 2011, 2012)
Sebarang pertanyaan, kemukakan ke: epangkat@moe.gov.my atau En. Redman bin Safar 0388847849 / En. Aedy Norali bin Samad 0388847884

Emel 1bestarinet SJKC SMAA
  1. ABC2120@1bestarinet.yes.my mulai 2014
  2. Jika lupa password, hubungi Penolong PPD Pengurusan Akademik utk ID dan password sekolah masing-masing.
  3. Semua kerja semak emel diurus oleh Pembantu Tadbir dari 0800 hingga 1400. Sumber Maklumat: Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN, Perak.





No comments:

Post a Comment