Sila isikan cadangan dalam slip yang diterima bersama surat jemputan/makluman Mesyuarat Agung PIBG 2014/2015. Kehadiran anda membolehkan anda menyuarakan pendapat bernas untuk kemajuan sekolah dan anak anda.
*Ketidakhadiran anda dianggap bahawa cadangan anda tidak akan dipertimbangkan untuk perbincangan dan pelaksanaan. Harap maklum.
SU PIBG:
- Sediakan surat panggilan Mesyuarat Agung untuk semua AJK PIBG dan ibu bapa menjelang awal Febuari 2014.
- Maklumkan kepada Bendahari PIBG jumlah ganjaran yang perlu disediakan dalam Mesyuarat Agung PIBG nanti.
- Sediakan borang/ slip cadangan untuk diisi ibu bapa / penjaga pada mesyuarat agung nanti.
- Sediakan borang sarana yang diperlukan.
SU Peperiksaan UPSR
- Sediakan senarai nama penerima dan keputusan calon UPSR yang layak menerima ganjaran kecemerlangan PIBG dan dihantar kepada SU PIBG.
- Menyediakan senarai nama penerima yang layak bagi biasiswa tempatan apabila diperlukan.
Bendahari PIBG:
- Mendapatkan senarai nama penerima UPSR 2013 dari SUP UPSR dan menyediakan jumlah wang ganjaran yang diperlukan sebelum Mesyuarat Agung PIBG.
- Melengkapkan dan menghantar semua penyata perbelanjaan / kira-kira kepada juru audit untuk semakan dan verifikasi. Proses ini perlulah diselesaikan selewat-lewatnya pada pertengahan Febuari 2014 (telah dihantar pada 28/1/2014).
AJK aktiviti semasa:-memainkan peranan masing-masing sepertimana yang diamanahkan.
Kerjasama anda amat dihargai.
No comments:
Post a Comment