Showing posts with label KERTAS UJIAN. Show all posts
Showing posts with label KERTAS UJIAN. Show all posts

13 January 2023

Repositori Kertas Ujian SMAA

Repositori Kertas Ujian SMAA (ujian tertutup) kini telah disediakan. 

  1. Repositori ini bertujuan mengumpul kertas ujian yang digunakan.
  2. Repositori ini dipegang & ditadbir oleh PK1 setelah menemui kekangan teknikal jika akaun Admin Delima diguna.
  3. Google Sheet yang diguna dalam repositori ini hanya dikongsi dengan guru sekolah untuk rujukan penyediaan kertas ujian.
  4. Pautan akan ditempatkan di blog sekolah untuk memudahkan urusan ini.
  5. Ini bertujuan menggantikan urusan fail bank soalan dan memudahkan kutipan kertas ujian lebihan untuk dimasukkan dalam fail selaras dengan transformasi sekolah-ringankan beban tugas guru & mengoptimumkan operasi harian sekolah.
Kerjasama semua amat dihargai dalam urusan ini.

Pautan pengumpulan Kertas Ujian: https://forms.gle/tCMysMv2x6MnJTqAA

Pautan Repositori Kertas Ujian: 
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1tmzUxeUYBnEd5mi5URqsiCYeYtyinpwrUNvOTf0Aotg/edit?usp=sharing

Peringatan: 

Repositori ini untuk mengumpul kertas ujian yang diguna.

Ia bukan untuk perkongsian umum (pihak luar).

Ia untuk rujukan semua warga sekolah

Manfaat & impak perubahan:

  1. Repositori atas talian gantikan Fail Bank Soalan.
  2. Sediakan tempat rujukan untuk semua warga pendidik SMAA.
  3. Perkhidmatan tambah nilai kepada warga pendidik SMAA.
  4. Kurangkan cetakkan dan cuba bantu dalam usaha penjimatan sumber alam sekitar.
  5. Ringankan beban pengurusan fail bank soalan.