10 June 2023

炎热气候学生户外活动家长同意书问答

Soalan Lazim Surat Kebenaran Ibu Bapa Aktiviti Luar Bilik Darjah 炎热气候学生户外活动家长同意书问答


Q: Mengapakah saya perlu isi surat kebenaran ibu bapa - Aktiviti luar bilik darjah? 为什么我需要填写家长同意书?

A: Berdasarkan Surat Siaran KPM Bil 3/2023, perkara 5.1:  pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa sebelum membenarkan anak murid menyertai aktiviti di luar bilik darjah (padang dan gelanggang). 根据教育部2023年第三份信函,事项5.1,校方在让学生进行户外活动前,必须获取家长同意书。


Q: Bolehkah saya tanda "tidak membenarkan" untuk anak saya menyertai aktiviti luar bilik darjah? 我可以拒同意让子女参与户外活动吗?

A: Boleh. Anak murid akan berada di dalam kelas semasa aktiviti luar bilik darjah dijalankan seperti PJ, aktiviti permainan, aktiviti sukan, sambutan perayaan dan lain-lain. 当然可以。但每逢校方进行任何活动(如体育、运动、课外活动或其他节庆)期间,您的子女必须留在课室内进行活动。


Q: Adakah anak saya boleh dikecualikan untuk menyertai aktiviti kokurikulum dan balik pada pukul 1pm jika saya tanda "tidak membenarkan"? 若我拒绝让子女参与户外活动,我的子女是否可以在中午1时回家?

A: TIDAK. Anak murid tetap perlu menyertai aktiviti kokurikulum sehingga 3:20pm baru boleh balik rumah. Murid tetap perlu berada di dalam kelas. 不可以。您的子女将在课室内进行活动直至3点20分才放学回家。


Q: Adakah anak saya boleh dikecualikan dari kelas Pendidikan Jasmani (PJ) jika saya tanda "tidak membenarkan"? 若拒绝统一的话,我的子女是否可以豁免上体育课?

A: TIDAK. Anak murid masih perlu mengikuti kelas PJ, tetapi murid yang mendapat kebenaran ibu bapa akan dibenarkan bermain/bersenam di padang. Anak murid yang tidak mendapat kebenaran ibu bapa hanya boleh menjalankan aktiviti di dalam kelas dan tidak dapat menjalankan aktiviti bersama kawan yang ada kebenaran. 不可以。您的子女依然需要在课室内进行体育课而不能在户外进行活动。


Q: Jika anak ada masalah kesihatan dan tidak dapat menjalankan aktiviti penat tetapi saya ingin membenarkan anak menyertai aktiviti luar bilik darjah yang mudah, manakah satu saya patut pilih? 若我的子女有健康问题不能参与体能操劳的活动,我应该如何做出选择?

A: Sila tanda "membenarkan" dan melampirkan sepucuk surat mengenai masalah kesihatan anak. Dengan ini, aktiviti penat boleh dikecualikan. 在表格中填写同意子女参与户外活动,但附录一份医生证明书,那子女将被豁免参与体能操劳的活动。


Q: Saya telah tanda "tidak membenarkan" sebelum ini dan kini saya ingin "membenarkan" anak saya menyertai aktiviti luar bilik darjah, adakah saya perlu isi semula surat kebenaran? 我之前拒绝同意让子女参与户外活动,但现在我改变主意了,我是否需要重新填写呢?

A: Ya. Anak murid boleh dapatkan surat kebenaran baru dari guru kelas dan isi semula oleh ibu bapa/ penjaga. 是的。需要重新填写。您的子女可向班主任索取炎热气候学生户外活动家长同意书并重新填写即可。


Terima kasih. 谢谢

No comments:

Post a Comment