29 July 2022

Jemputan Hari Sukan Tahunan 2022

Jemputan Hari Sukan Tahunan SMAA 2022

Tarikh    : 5/8/2022 (Jumaat)

Masa     : 7am - 11am

Tempat : Padang SJK(C) ST. Michael & All Angels


Pihak sekolah akan mengadakan Hari Sukan Tahunan 2022. Para ibu bapa dan penjaga dijemput untuk datang bersama bagi memeriahkan Hari Sukan peringkat sekolah. 


Sila patuhi peraturan berikut:


1. Memastikan badan sihat dan tidak bergejala.


2. Mesti memakai pelitup muka sepanjang masa berada di dalam kawasan sekolah.


3. Memakai pakaian yang bersesuaian.


4. Ibu bapa/ penjaga dilarang membawa murid balik awal. Murid hanya boleh balik selepas semua aturcara dijalankan.


5. Ibu bapa/ penjaga boleh mengambil gambar pertandingan murid di luar padang.  Ibu bapa/ penjaga dilarang masuk ke padang untuk mengambil gambar semasa pertandingan dijalankan. 


6. Ibu bapa/ penjaga dilarang masuk ke kawasan padang semasa pertandingan dijalankan.


7. Ibu bapa/ penjaga dibenarkan mengambil gambar bersama anak semasa penyampaian hadiah.


8. Ibu bapa/ penjaga dilarang membawa murid keluar dari bilik darjah warna Rumah Sukan atau padang.


9. Kenderaan ibu bapa/ penjaga perlu diparkir di luar kawasan sekolah.

Semua peraturan di atas bertujuan menjaga keselamatan murid dan memastikan pertandingan Hari Sukan Tahunan dijalankan dengan lancar. 

Semoga ibu bapa/ penjaga dapat memahami kesulitan pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa/ penjaga amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

PN. LEOW CHAI KUAN

Guru Besar 

SJKC St. Michael & All Angels, Ipoh

No comments:

Post a Comment