02 May 2022

Program Mentor Mentee 2022

Kepada Semua Mentor 2022/2023:

Pelaksanaan Program Mentor Mentee 2022 

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat.

2.    Perjumpaan perlu diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah 30 minit dan sekali dalam sebulan, pihak sekolah telah menetapkan tarikh perjumpaan adalah Isnin terakhir bagi setiap bulan. Waktu perhimpunan akan diluangkan untuk sesi perjumpaan mentor-mentee. Perjumpaan akan diadakan di dalam kelas masing-masing.

 3.    Semua guru dilantik menjadi mentor(mengikut jadual senarai yang ditetapkan). Mentee adalah terdiri daripada murid di dalam kelas.

    Tugas Mentor(Guru):

  • Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan.
  • Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee.
  • Membantu mentee yang memerlukan perhatian.
  • Mengisi borang perjumpaan mentor-mentee.

4        Pengisian borang perjumpaan adalah secara talian (dalam bentuk Google Form). Borang Mentor dan borang Mentee telahpun disediakan dalam Google Classroom untuk pengisian.

         Semua Guru Kelas diminta membimbing murid supaya tidak ketinggalan dalam membuat pengisian borang dalam Google Classroom. Kerjasama semua guru adalah amat dihargai.

Klik pada Senarai Mentor Mentee 2022 untuk ketahui agihan.

Klik pada Modul Mentor Mentee 2022 untuk ketahui isi kandungan modul.

        Sesalinan borang instrumen pengisian oleh setiap Mentor akan dihantar melalui eRPH pada Isnin terakhir setiap bulan mulai dari Mei hingga Disember 2022.

        Pautan borang instrumen mentor April akan dihantar pada 9/5/2022.

Klik untuk mula isikan borang instrumen mentor

Pengurus Program: Pn. Phoon C.W.

Pengurus Google Classroom eRPH: Pn. Suraini.

Terima kasih.


No comments:

Post a Comment