02 September 2015

霹雳州教育局数学网页

Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa Bidang Matematik Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mewujudkan Laman Sesawang Bidang Matematik Jabatan Pendidikan Negeri Perak di alamat http://syahpropp.wix.com/mathjpnpk. Laman sesawang ini dihasilkan sebagai salah satu wadah perkongsian maklumat dan hebahan Bidang Matematik Sektor Pengurusan Akademik khusus untuk sekolah-sekolah di negeri Perak.
3. Terdapat pelbagai maklumat yang boleh diperolehi melalui laman sesawang tersebut. Antaranya ialah:
a) Maklumat Pegawai Bidang Matematik JPN dan PPD
b) Sasaran dan Status Semasa Pencapaian Matematik SPM dan UPSR
c) Kursus, Aktiviti dan Program Bidang Matematik JPN dan PPD
d) Post Mortem Matematik dan Matematik Tambahan SPM dan UPSR
e) Bahan Soalan Latih Tubi serta Modul Matematik SPM Mdan UPSR (SOLAF, ‘ATS’, WAJA, Gerak Gempur, ‘Perfect Score’, ‘Mock Test’, ‘MAS’ Menggilap Mutiara, Modul Pedagogi Matematik dan lain-lain)
f) Bahan dan Maklumat berkaitan dengan PROTIM dan LINUS 2.0
Bahan-bahan tersebut boleh dimuat turun sebagai bahan sokongan latihan untuk manfaat para guru dan pelajar di sekolah.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk menghebahkan laman sesawang ini kepada semua guru Matematik di sekolah tuan dan mohon dimanfaat sebaik-baiknya kemudahan ini. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada En. Syahrul Lizan bin Mohamed Nasir di talian 05-2414000 sambungan 123 / 013-5370701.
Kerjasama tuan sangatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

No comments:

Post a Comment