03 February 2015

Operasi Mel Grouping (Inisiatif ICT SMAA 1/2015)

Kepada semua warga SMAA (guru):
  1. Semua guru dikehendaki untuk semak email peribadi dan yes.mail masing-masing. 
  2. Menjawab mel yang diterima itu dengan YES dan hantar kembali mel tersebut.
  3. Tujuan: yesmail dan emel peribadi guru akan digabung bagi memudahkan pengurusan
  4. Ia bertujuan untuk mengenalpasti emel yang diberi itu sahih dan boleh digunakan.
  5. Sekiranya tiada sebarang mel diterima, sila hubungi PKHEM melalui emel atau SMS bagi melicinkan urusan ini.
Rangka kerja:
  • Kumpulan emel dikumpulkan dan dibahagikan kepada ADMIN SMAA dan Guru SMAA dengan menggunakan fungsi grouping.
  • Mengoptimumkan penggunaan khidmat Google Documents/ Form/ Spreadsheet dan lain-lain khidmat atas talian.
  • Berkongsi maklumat/ bahan yang diterima.
  • Melicinkan urusan mel-forwarding bagi mel-mel yang diterima dari pihak luar ke mel rasmi sekolah. (Guru ICT sila pastikan senarai emel guru yang telah bertukar itu tidak lagi berada dalam group setiap kali ada perubahan staf.)
  • Contoh: rangka jawatankuasa yang diluluskan pihak pentadbiran dimel kepada semua guru yang berkenaan bagi cetakan /simpanan fail PPB.
  • Maka, sila telitikan mel masing-masing sebelum Tahun Baru Cina yang akan datang ini.
Harap maklum.
Terima kasih.
Inisiatif ICT 1/2015 (klik sini untuk maklumat lebih lanjut)

No comments:

Post a Comment