08 January 2015

info terkini

Mulai 1 Januari 2015, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dinamakan sebagai modul Pengurusan Murid (PM) dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Sila muat turun surat siaran berkaitan.

2.   Proses naik kelas secara automatik telah dilakukan oleh sistem. Penolong Kanan Pentadbiran diwajib mendaftarkan kelas yang belum wujud atau mengemaskini kelas sedia ada di sekolah masing-masing berserta maklumat guru kelas. 
Guru kelas dikehendaki mengemaskini data murid SEBELUM 15 JANUARI 2015
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab di atas segala tugas pengemaskinian data dan maklumat murid diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Pengetua/Guru Besar diwajib mengesahkan semua data murid selepas tamat tempoh pengemaskinian.
Kehadiran murid bagi semua sekolah adalah menerusi modul Pengurusan Murid (PM).




No comments:

Post a Comment