24 September 2014

Notis Terkini Sumber: PKG Tasek

Kepada:
Guru Besar,  Admin SPS 1 (Guru Data) & Admin SPS 2 (Guru Penyelaras Bestari/ICT)

Modul Kedatangan Murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Pastikan kempat-empat modul iaitu Pengurusan Maklumat Sekolah, Pengurusan Kemudahan Sekolah, Pengurusan Staf dan Pengurusan Murid telah dilengkapkan. Ini bagi memastikan kelancaran pelaksanaan modul tersebut tidak terjejas. Dilampirkan Panduan SPS (KLIK DI SINI)  terkini.

Kepada
Guru Besar, PK1 dan Ketua Panitia BM & BI

AUDIT PENGEDARAN BAHAN DIGITAL DAN PERISIAN KANDUNGAN MBMMBI
Pasukan Audit Dalam KPM akan meninjau rekod pengedaran dan penggunaan bahan digital dan perisian kandungan MBMMBI ke sekolah-sekolah seluruh negara dalam masa terdekat. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk memastikan bahan-bahan yang telah diedarkan tersebut aktif digunakan dan direkodkan penggunaannya.

Kepada 
Guru Besar & Guru ICT
ID dan Kata Laluan Dongle Sekolah
Pihak YTL telah mengubah kata laluan penggunaan dongle 1bestarinet di sekolah. Maklumat mengenai kata laluan tersebut telah dihantar ke dalam emel rasmi sekolah oleh pihak YTL.

No comments:

Post a Comment