我们祝福所有教职员,学生、家长/监护人
国庆日平安快乐!
We would like to wish all of you:
Blessed National Day!
We would like to wish all of you:
Blessed National Day!
Binatang Kesayangan Saya |
作者姓名:Choi Wan Yi 作者班级:4A |
Saya mempunyai seekor binatang kesayangan iaitu seekor kucing. Namanya Si Tompok. Bulunya sangat cantik dan bertoompok-tompok. Bulunya berwarna hitam dan putih. Ekornya juga panjang. Si Tompok ialah seekor kucing jantan. Kucing saya, Si Tompok sangat baik. Ia tidak pernah mengganggu kami sekeluarga ketika kami makan ataupun semasa bekerja. Pada waktu malam, Si Tompok tidur di tepi katil saya. Si Tompojk merupakan penjaga rumah yang pandai. Semua tikus takut semenjak Si Tompok berada di rumah saya. Semenjak Si Tompok berada di rumah saya, tidak kelihatan seekor tikus pun di dalam rumah saya. Kami semua sayang kepada Si Tompok. Kami memberinya makan ikan dan minum susu pada setiap hari. Semasa saya pulang dari sekolah, saya akan bermain dengannya. Si Tompok sangat manja dengan kami sekeluarga. Saya tidak lagi berasa kesunyian semenjak Si Tompok tinggal bersama kami. Choi Wan Yi Tahun 4A
|