06 June 2024

北近打县男子排球赛季军

圣美嘉华小男子排球在2024年北近打县男子排球赛决赛中成功荣获铜牌(第三名)。自2020年后,今年第一次在总决赛中荣获奖牌。感谢 翁浩明老师以及Cikgu Faiz的教导。同时感谢家协们出钱出力鼎力支持。非常感谢大家



Kenyataan Media KPM Laksana Segera Pemberian Baucar Buku, Tingkatkan Komitmen Pupuk Minat Membaca

Kenyataan Media KPM 

Laksana Segera Pemberian Baucar Buku, 

Tingkatkan Komitmen Pupuk Minat Membaca

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman pemberian baucar buku RM50 kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan RM100 kepada murid sekolah menengah, penuntut di institusi pendidikan tinggi dan pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). 

        Pengumuman YAB Perdana Menteri mencerminkan keperihatinan beliau terhadap kepentingan menyemai minat membaca dalam kalangan generasi muda. Ia juga bertepatan dengan usaha berterusan KPM untuk mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan murid/pelajar menerusi penganjuran pelbagai program galakan di setiap peringkat. 

        Pemberian baucar buku yang melibatkan murid/pelajar institusi pendidikan bawah KPM akan disalurkan bermula pada Jumaat, 31 Mei 2024, jam 2.00 petang menerusi aplikasi DELIMa menggunakan kaedah berikut: 

  1. Murid/pelajar log masuk aplikasi DELIMa menggunakan id/password DELIMa dan klik ikon Kota Buku Digital. 
  2. Murid/pelajar mendaftar akaun di Kota Buku Digital dan kredit akan dipapar di akaun masing-masing. 
  3. Murid/pelajar boleh memilih judul yang disukai daripada kepelbagaian judul yang ada terutamanya daripada JUDUL CADANGAN MADANI. 
  4. Setelah selesai memilih, murid/pelajar boleh daftar keluar (checkout) dan memilih pilihan bayaran kredit e-kedai (e-store credit). 
  5. Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. 
  6. Proses selesai. 
Pemberian baucar buku seperti diumumkan YAB Perdana Menteri adalah langkah ke hadapan yang menjadi pencetus kepada melahirkan generasi berilmu, pewaris masa hadapan Malaysia MADANI. 

TAMAT

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 

31 MEI 2024

Catatan:

Semua ibubapa / penjaga adalah diingatkan untuk login dengan menggunakan akaun dan kata laluan yang selamat sahaja. 
Laman kedai buku TIDAK SAMA dan TIDAK DIMILIKI KPM.


MSSD 排球赛(Zon A & B)录影

 








30 May 2024

排球赛安排

MSSD排球赛 Pertandingan Bola Tampar MSSD

日期 Tarikh: 4/6/2024 & 5/6/2024 (Selasa & Rabu)

地点 Tempat: 圣美嘉华小篮球场Gelanggang SMAA

  1. 5A班将移步到科学室作为上课地点。Kelas 5A akan gunakan Bilik Sains sepanjang 2 hari ini untuk pembelajaran.
  2. 学生休息后直接进班,巡查员将帮忙维持秩序。Murid-murid balik ke kelas selepas waktu rehat. Pengawas menjaga disiplin murid dalam kelas.
  3. 放学时段,校方将要求暂停赛事,以便家长接送子女回家。Bagi waktu bersurai pula, pihak sekolah akan minta pertandingan diberhentikan sementara dan murid berkumpul di gelanggang sementara menunggu kedatangan ibu bapa.
  4. 除非有老师指示,否则禁止学生无故接近篮球场,以免滋扰赛事。Murid-murid dilarang mendekati gelanggang semasa pertandingan dijalankan. (Kecuali di bawah pengawasan guru)
  5. 可在操场进行体育活动。Aktiviti PJ boleh dijalankan di padang.
  6. 6月5日课外活动取消。Aktiviti Kokurikulum 5/6/2024 dibatalkan.

特此通知。Harap maklum.

17 May 2024

假期通告 Notis Cuti Sekolah

  • 22/5/24 星期三: 卫塞节假期
  • 25/5/24-2/6/24:第一学期中期假期 
  • 3/6/24 星期一  : 元首华诞假期 
  • 4/6/24 星期二:如常上课
  • 17/6/24 星期一:哈芝节假期


  • 22/5/24 Rabu: Cuti Hari Wesak
  • 25/5/24-2/6/24: Cuti Penggal 1 Sesi 2024/2025
  • 3/6/24 Isnin :  Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
  • 4/6/24 Selasa: Sekolah seperti biasa
  • 17/6/24 Isnin: Cuti Hari Raya Haji

5月20至5月24日早操暂停

5月20日至24日的早操暂停,以进行排球集训。Senaman Aerobik 20/5 hingga 24/5 ditangguhkan bagi memberi laluan latihan bola tampar di gelanggang. 

        是周值日老师在该段时间巡视班级即可。Guru bertugas sesi pagi meronda kelas memadai. 


谢谢 Terima kasih.

15 May 2024

放学时间车辆行驶方向

圣美嘉华小家长/监护人 
Kepada Semua Ibu Bapa / Penjaga

鉴于家长/监护人在放学时间把汽车停放在校门前的两侧,造成交通阻塞。Masalah lalu lintas berlaku semasa sekolah bersurai disebabkan kereta ibu bapa / penjaga berhenti di kedua-dua belah jalan raya.

在 此,校方鼓励家长/监护人在12:45p.m. --- 1:15p.m. 之间改用单方向行驶,以 减轻交通阻塞的情况。Untuk mengelakkan masalah tersebut, pihak sekolah menggalakkan ibu bapa / penjaga memandu kereta dalam satu arah (sehala), iaitu dalam lingkungan pukul 12:45p.m. --- 1:15p.m ini.

此外,敬请家长耐心排队接送孩子,不要插队。在孩 子安全上车后,尽快把汽车移开。  Selain itu, ibu bapa / penjaga diminta memberi kerjasama dan bersabar untuk berbaris semasa mengambil anak dan mengalihkan kereta sebaik sahaja anak naik kereta dengan selamat.

谢谢家长们的合作!   Kerjasama ibu bapa / penjaga amat dihargai. 

怡保圣美嘉华小教务处 启
Pihak Pentadbir SJKC St. Michael & All Angels

14 May 2024

2023/2024圣美嘉华小家教协会会员大会财务报表

 点击链接即可浏览2023/2024圣美嘉华小家教协会会员大会财务报表

Klik untuk layari kenyataan kewangan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG SJKC St. Michael & All Angels

谢谢赖美玲老师整理以及查账理事: En. Abdullah Harith Lim bin Abdullah (Lim Hong Wai) & En. Ong How Meng

Terima kasih kepada Pn. Lai Mee Ling dan Juru Audit (wakil ibubapa) En. Abdullah Harith Lim bin Abdullah (Lim Hong Wai)  & (wakil Guru) Pn. Loke Kar Wei