Aktiviti SEGAK 1/2014 akan dijalankan semasa kelas PJ/PK.
Muat turun Manual SEGAK
Murid terlibat: Murid Tahun 4 hingga 6.
Antara aktiviti yang perlu dijalankan:
(Sila patuh kepada aliran kerja ini bagi melicinkan urusan)
- Pengisian borang Lampiran A (oleh murid Tahun 4 sahaja) dan borang SEGAK lama bagi murid Tahun 5 hingga 6.
- Mengambil berat dan tinggi murid. (Abaikan jika maklumat tersebut telah diperoleh)
- Ujian Naik Turun Bangku
- Ujian Tekan Tubi/Suaian
- Ujian Ringkuk Tubi Separa
- Ujian jangkauan Melunjur
- Dapatkan tandatangan murid Tahun 4 dalam Lampiran A (bagi murid Tahun 4/2014)
- Pengesahan Guru Mata Pelajaran PJ dalam Lampiran A (bagi murid Tahun 4/2014)
- Serahkan borang SEGAK dan Lanpiran A kepada Ketua Panitia untuk kemasukan data.
- Penyimpanan borang Lampiran A sehingga Sistem PAJSK dibuka pada April nanti (murid Tahun 4)
- Ketua Panitia PJ sediakan fail / data SEGAK 4, 5 & 6 yang lengkap diisi dalam bentuk CD dan softcopy untuk dihantar bila disaran oleh pihak berkepentingan: PPD/JPN.
Bahan yang perlu diguna/disediakan:
- Pita ukur (tinggi badan) dan timbang (berat badan)
- Jam randik/ stopwatch 4 buah
- Bangku besi (di bilik PJ)
- Bangku jangkauan melunjur
- Pita ukur
- Masking tape
Segak 2/2014 dianggar jatuh pada 2/7/2014
Harap maklum.